Bahasa Melayu, bahasa yang juga dikenali dengan nama bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. Daripada ketiga-tiga nama ini, nama yang aslinya ialah bahasa Melayu, iaitu bahasa yang penutur aslinya terdiri daripada orang Melayu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan pulau di sekitarnya (termasuk Singapura); bahagian tertentu di Sumatera (khususnya kawasan Riau, Padang, Palembang dan Pulau Bangka); di Brunei Darussalam; di kawasan tertentu di Kalimantan, Indonesia, Sarawak, Sabah; dan di selatan Thailand.

Bahasa Melayu: Anggota rumpun Austranesia
Bahasa Melayu merupakan satu daripada sejumlah besar bahasa yang tergolong dalam rumpun Austronesia. Bahasa-bahasa yang menganggotai rumpun ini tersebar dalam kawasan yang meliputi hampir separuh muka bumi, yang sebahagian besarnya ialah lautan. Kawasan ini terentang dari kawasan pergunungan di Taiwan, turun ke selatan hingga ke New Zealand, dan dari Madagaskar di luar pantai timur Afrika hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. Dengan keanggotaannya dalam rumpun Austronesia, bahasa Melayu bukan sahaja mempunyai perkaitan kekeluargaan dengan bahasa-bahasa yang berdekatan dengannya, tetapi mempunyai perkaitan dengan bahasa-bahasa di Lautan Pasifik seperti bahasa Hawaii, Samoa, Fiji, dan Maori; bahasa Malagasi di Madagaskar; dan bahasa-bahasa di kawasan pergunungan di Taiwan. Dari segi luasnya, kawasan penyebaran bahasa-bahasa Austronesia boleh dikatakan melebihi kawasan penyebaran rumpun-rumpun lain, misalnya rumpun Indo-Eropah, rumpun Sino-Tibet, atau rumpun Austroasia. Kawasan yang meliputi Malaysia, Indonesia, dan Filipina kira-kira sama luasnya dengan Eropah Barat yang merupakan kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indo-Eropah.


Peta:


Terkini:


Carian

Pengumuman

PANTAU TEGUR BAHASA Kemudahan untuk menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa kebangsaan secara dalam talian kepada DBP. Bidang Tumpuan: Cetak (surat khabar, majalah, dokumen, paparan tempat awam), Elektronik (televisyen, radio, web, tayangan panggung wayang) Sila layari Pantau Tegur Bahasa

KAUNTER PENGESAHAN BAHASA

Perkhidmatan semakan dan pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan dalam iklan, nama khas dan dokumen. Tempat: Tingkat 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka

Lagu Jiwa Bangsa

Kamus/Istilah Dalam Talian

Istilah Hari Ini

Kata: RADIATOR
Takrif: Alat untuk menyejukkan enjin kereta dan lain-lain dengan menggunakan air yang beredar dan kipas.
Selanjutnya