Ensiklopedia Sains dan Teknologi : Alam Sekitar

Secara saintifik, alam sekitar juga dikenali sebagai biosfera yang terdiri daripada atmosfera, hidrosfera, dan litosfera yang merangkumi segala hidupan di bumi. Atmosfera terdiri daripada campuran gas hasil pembentukan unsur-unsur yang terkeluar dari permukaan bumi. Hidrosfera terdiri daripada laut, tasik, sungai, dan air bawah tanah. Litosfera pula terdiri daripada tanah yang menyeliputi kerak bumi. Baca Selanjutnya..

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu : Adat

Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Perkataan adat berasal daripada bahasa Arab bermaksud kebiasaan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrif sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk. Baca Selanjutnya..

Ensiklopedia Umum Pelajar : A Famosa

A Famosa, kota yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511. A Famosa dalam bahasa Portugis bermakna “yang terkenal” atau dalam bahasa Inggeris ialah “The Famous”. Kota yang diberi nama Porta de Santiago ini merupakan salah satu tinggalan seni bina Eropah yang tertua di Asia yang terdapat di Banda Hilir, Melaka. A Famosa menjadi objek tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Tinggalan ini merupakan monumen sejarah yang amat bernilai kepada negara. Baca Selanjutnya..