Peta pengajian melayu

Klik pada gambar untuk besarkan

Bahasa Melayu di institusi pendidikan luar negara
Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang lama sebagai bahasa yang diajar di institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara, misalnya di University of London, khususnya di School of Oriental and African Studies. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di Belanda, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, China, Korea, New Zealand, dan Australia. Pengajaran bahasa Melayu di institusi-institusi ini adalah sebagai bahasa asing.